Petikan diambil dari laman ustaz Zaharuddin.
Sibuk benar pihak media satu dunia meraih keuntungan di atas kematian Micheal Jackson (MJ). Manakan tidak, majlis peringatan MJ di Los Angeles baru-baru sahaja telah menarik minat dan tontonan oleh lebih 2 billion manusia. Rancangan tersebut turut mendapat pehratian jutaan umat Islam yang masih lagi mencari-cari tanda keislaman MJ di majlis tersebut, namun rasanya mereka hampa, tiada sebarang ciri Islam di majlis tersebut walau satu peratus.
Berita kematian MJ berterusan mendapat liputan media, amat meluas dan masih mempunyai magnet untuk menarik pembaca dan peminatnya di serata dunia. Media seperti biasa, berlumba-lumba mencari keuntungan dari kematian dan kehidupan seseorang. Kini, wujud berita baru hasil pendedahan kakaknya yang menyatakan MJ dibunuh melalui satu konspirasi individu di sekelilingnya.
Pada masa yang sama, saya lebih amat tersentak lagi marah dengan pembunuhan Dr Marwa el-Sherbini. Si pembunuh manusia celaka bernama Alex W, penganggur dan penyokong parti pro Nazi German, dia yang berasal dari Russia sebelum itu didapati bersalah mengucapkan kata-kata kurang sopan serta maki hamun kepada Dr Marwa di khalayak ramai pada bulan November yang lalu. Si celaka menjerit melolong kepada Marwa, melaungkan kata "terrorist" dan "Islamist whore" sewaktu berada di Dresden park. Ketika itu, Marwa meminta izin untuk meletakkan anaknya di buaian di taman berkenaan, tetapi si celaka tersebut tidak membenarkan, lalu pertengkaran terjadi.
Si celaka itu diheret oleh Marwa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman Euro 780. Namun si celaka ini membuat rayuan yang menyebabkan ia bertemu wajah sekali lagi dengan Marwa di mahkamah. Dengan pisau di tangannya si celaka ini menyerbu Marwa yang sedang mengandung tiga bulan lalu menikamnya sebanyak 18 kali di dalam mahkamah di hadapan hakim!.Peristiwa ini berlaku pada 1 Julai 2009 yang llau.
Satu susana yang tidak masuk dek aqal, bagaimana boleh si celaka ini membawa pisau di dalam sebuah mahkamah? Dan bagaimana ia boleh menikam sebanyak 18 kali tanpa gangguan segera dari pengawal dan orang sekelilingnya. Suami Marwa tangkas menerpa untuk membantu namun rupanya mereka terlupa sedang berada di ‘medan perang'. Suaminya ditembak oleh pihak polis semasa ingin membantu isterinya, sedangkan si celaka pembunuh dibiar hidup. Polis menggunakan alas an murahan apabila berkata ‘tersilap sangka', mereka sangkakan suaminya adalah pembunuh. Syeikh al-Azhar Syeikh Muhammad Tantawy mendesak pihak Germany untuk mengenakan tindakan berat kepada si pembunuh. Namun sejauh manakah seriusnya mahkamah akan bertindak terhadap si pembunuh, tidak dapat dipastikan?
Adalah wajar jika dapat pelajar Islam di Germany bergabung tenaga dengan umat Islam di tempat masing-masing menghantar memorandum mendesak tindakan keras ke atas si pembunuh.!
Malangnya, berita ini langusng tidak dihebahkan dan disneypakan dari media barat khususnya. BBC senyap sunyi, sedangkan berita mahkamah Dubai yang menjatuhakn hukuman kepada dua warga British yang mengadakan hubungan seks terbuka di pantai Dubai, dihebohkan, mahkamah dubai dikritik seolah melakukan satu tindakan jahat.
Namun, kisah wanita Islam yang mengandung di tikam di dalam sebuah mahkamah di hadapan hakim di sebuah Negara yang membangun kononnya tidak langsung diambil endah. Teringat saya kepada pengalaman bertamu di beberapa daerah di Germany, tidak disangka begitu hodoh wajah sebenar negara tersebut, lebih khusus sebenarnya kepada bangsa Rusia, yang mana warga Rusia sememangnya terkenal sebagai amat bersifat perkauman lagi berjiwa ganas dengan selainnya. Kepada para pelajar Malaysia di Germany dan Russia, jagalah diri anda sebaik-baiknya.
Thursday, July 16, 2009
KISAH MUSLIMAH MARWA SHERBINI DIBUNUH DI GERMANY
Posted by Guru Data at 7:38 PM 0 comments
Tuesday, July 14, 2009
ILMU KEIKHLASAN
Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas,” kata seorang guru kepada muridnya.
“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya.”
“Tak payah, bawa sahaja karung guni.”
“Karung guni?” soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
“Mari kita ke pasar!”
Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,” kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
“Cukup?”
“Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik.”
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
“Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?”
“Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?”
“Ya, ya…” kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.
“Banyak beli barang,” tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
“Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli,” bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
“Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu,” kata orang yang lain.
Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
“Oh, letih sungguh… apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?”
“Tak buat apa-apa.”
“Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,” balas anak murid.
“Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas…”
“Bagaimana?” tanya anak murid itu kehairanan.
“Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.”
“Dengan memikul batu-batu ini?”
“Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu…”
“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?”
“Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat…”
“Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!” ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.
Pengajaran:
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.
Dikirim dalam Iktibar Kisah
Posted by Guru Data at 9:27 PM 0 comments
Monday, July 6, 2009
ISTERI SOLEHAH
iSTERI yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah.
Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .
Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.
Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:
1.Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.
2.Bersikap malu terhadap suami.
3.Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.
4.Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
5.Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
6.Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
7.Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
8.Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
9.Sentiasa menghormati keluarga suami .
10.Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
11.Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
12.Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.
Izinkan aku kongsi sedikit rencana dari majalah yang pernah ku baca untuk renungan bersama.
Menjadi suri rumah adalah impian setiap wanita yang telah cukup umur dan untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa yang berwibawa mereka harus melakukan kerja-kerja yang melibatkan pengurusan, kesetiausahaan, pendidikan dan asuhan.
Mereka perlu pandai merancang, mengatur, menyusun dan melakukan kerja-kerja besar hinggalah yang remeh-temeh dalam lingkungan tempat kerja. Di "tempat kerja", merekalah bos, merekalah kulinya.
Mereka bekerja tanpa cuti dan tapa mengharapkan upah. Jauh sekali menuntut bonus tahunan atau menagih pengiktirafan. Segalanya dilakukan demi sebuah tanggungjawab membina syurga idaman.
Itulah peranan sekilas isteri-isteri yang menjadi SURI RUMAH sepenuh masa. Satu tugas berat yang bermula sebaik-baik sahaja rumah tangga mula didirikan.
Ia memerlukan persediaan jiwa, ilmu dan kemahiran lebih awal sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Dan cabarannya tentulah semkin sukar dan hebat apabila anggota keluarga makin bertambah dan keluarga semakin besar.
Posted by Guru Data at 10:10 AM 0 comments
Tuesday, June 16, 2009
GOTONG ROYONG DITERUSKAN HINGGA KE PUNCAK

Semalam Panitia Bahasa Melayu mengeluarkan keringat untuk menjayakan Program Sekolah....Selalu paham-paham je la petang cam ni...
span class="fullpost">
Demi sekolah tercinta yang menyahut cabaran Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Luar Bandar...aku pun dengan gaya tersendiri ikut sama...
Posted by Guru Data at 9:13 PM 0 comments
Nasib Si Guru Data

Penat tul hari ni....nak siapkan SMM. Kena hantar ke PPD.
Dah print...cek-cek salah pulak....Hantar kat Pegawai Meja Sekolah..Pegawai cek ok dah...Tertinggal pulak maklumat OKU dalam lampiran Pengesahan itu...Kena Print pulak semula...Dah bagi Pegawai ingat dah ok...lepas tu dia bagi tahu dia telah terkelepot kertas itu....Kena print lak yang baru...hai nasib
span class="fullpost">
Posted by Guru Data at 9:06 PM 0 comments
hanya utk mereka yg berfikiran terbuka/mahu membuka fikiran! Bukan ingin mencipta spekulasi perkauman, jauh sekali mahu meremehkan mana-mana kaum atau sebagainya. Semua ini adalah berdasarkan dari apa yang saya pernah alami dan lihat sendiri, dan saya cuba memberanikan diri mengupas sedikit isu ini. saya menganggap dengan melawat laman ini, punya friendster atau myspace site, dan tahu melayari internet [:p], kalian semua sudah cukup dewasa untuk menerima pendapat orang tanpa prasangka yang merosakkan. Saya meminta agar kalian yang saya hormati agar menganggap artikel ini adalah pendapat individual dan bukan fakta semata-mata. Oya, sebelum kalian meneruskan pembacaan, saya tegaskan di sini, sebenarnya ada ramai yang telah melepasi mentaliti sempit sebegini. Samada benar-benar telah melepasi, atau atas rasa segan untuk bercampur dan atas apa jua alasan tersendiri maka ia terbantut dengan sendirinya. Yang pasti, perkara ni saya tak bajet untuk ulas di sini.
AF4 sudah lama berakhir. kini sesi pencarian pelajar utk AF5 pula diteruskan. bermula AF2 sehingga AF4, tradisi seakan dikekalkan. Orang Dusun jadi Naib Juara, selepas Linda (AF2) dan Felix (AF3). Kenapa tiada Orang Dusun dalam AF1? Sebab AF1 hanya dibuka untuk West Malaysians. Tiada audition dibuat di Sabah dan Sarawak. As much as sometimes I think AF is a waste, saya tetap bangga kerana AF telah mempopularkan etnik Dusun Sabah. Maybe, years ago (masa era pre-AF), whenever orang dari etnik Dusun introducing himself as 'Orang Dusun' – he would instantly get a weird stare. Mulut orang tu sama ada melongo, atau matanya terkulat-kulat. As if the person wanted to scream: "Taulah ko tinggal dalam dusun. Saya tanya apa bangsa ko, bukan nak tau ko duduk mana!"
Pernah beberapa kali saya ditanya tentang suku-suku kaum di Sabah. And when it comes to orang Sungai (which means, suku kaum sungai), serta merta mereka diam dan sempat tergelak sambil mengatakan: ‘orang laut ada tak? Ataupun orang kuala, orang kolam,..’ or, have you guys ever say things or stupid stuff like this?
span class="fullpost">
Kadang-kadang saya terfikir. Pembentukan Malaysia gagal memberi keadilan kepada Sabah dan Sarawak. Dari segi integrasi sejarah, mahupun perkongsian sosio-budaya. Pertama, Sabah/Sarawak terpaksa merayakan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos sedangkan tarikh itu tidak ada sebarang nilai signifikan kepada Malaysia Timur yang hanya dimerdekakan pada 16 September 1963. Kedua, majoriti orang Sabah/Sarawak kenal Tunku Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. Tapi saya fikir tidak ramai orang Semenanjung (even the educated ones) yang tahu bahawa Tun Fuad Donald Stephen adalah orang yang mempengerusikan pembentukan gagasan Malaysia.
Rata-rata orang Borneo tahu bahawa di Semenanjung Malaysia ada empat suku utama – Melayu, Orang Asli, Cina dan India. Ya, kita belajar itu dalam silibus tatarakyat dan geografi secara berulang-ulang. Tapi masih banyak Orang Malaya yang keliru antara bangsa Iban, Melanau, Dusun dan Bajau (antara empat etnik tempatan terbesar di Borneo). Ada yang tidak tahu langsung. Ada pula yang masih menyangka Dusun itu di Sarawak, dan Iban itu di Sabah.
Orang Sabah dan Sarawak juga semakin boleh memahami loghat-loghat Melayu eksotik di Semenanjung (e.g. loghat Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, etc). Bahkan, orang di sini rata-rata boleh membezakan yang mana satu telor Utara, yang mana satu slang Pantai Timur. Big thank you to the wide publicity – yang saban masa muncul dalam siaran TV perdana. Tapi berapa ramai Orang Malaya yang faham atau boleh bezakan antara loghat Melayu Sabah dan Sarawak? Lebih lucu lagi, kadang-kadang loghat Sabah dikenen-kenen oleh Orang Malaya sebagai mirip Indonesia. Jauh panggang daripada api! Bahkan, ada juga ramai yang komplen kononnya tak boleh faham dengan gaya pertuturan Velvet (AF4). Come on guys – loghat Terengganu Faizal itu lebih kalut dan rancu daripada loghat Sabah Velvet. Tapi tak pula jadi isu.
Saya ingin katakan di sini, bila dibandingkan dengan keadaan di sabah/sarawak yang punya etnik yang begitu banyak malah dalam jumlah yang ramai (lihat saja pada keluasan tanah dan bancian penduduk sabah/sarawak), dengan semenanjung malaysia yang hanya punya empat suku utama, ramai orang semenanjung mempunyai semangat kenegerian yang menebal walaupun untuk perkara yang remeh cuma. Pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Malaya ini, as much as I got cultural shocked, saya juga dapat menangkap dan membuat kesimpulan awal.. Suku India dengan suku India, Cina dengan Cina, Melayu dengan Melayu. Dalam diam, masing-masing saling meremehkan termasuklah di kalangan komuniti yang global dan educated.
Pernah, saya hanya mampu tersenyum melihat seorang teman bangsa Malaya yang saya kenali di sini, tak mahu menggunakan tandas blok di paras kami yang sering digunakan oleh beberapa rakan dari bangsa berbeza. That person really stared d**g***ly to that toilet. Simply cuz the difference of race. Yeah, I just can’t do nothing except smile.
Mentaliti yang secara sedar atau tak sedar sebenarnya cukup ketara, namun atas nama sensitiviti kaum maka perkara ini lebih banyak dibicarakan dalam ruangan tertutup dan tak menyeluruh atau terus didiamkan sahaja. Pernah dengar pepatah ‘sejarah mungkin berulang’? jangan biar perkara ini menjadi kuman, takut-takut gara-gara diremehkan, perkara ini bakal meruntuhkan institusi kenegaraan Malaysia yang cukup terkenal dengan rakyat yang berbilang kaum, hidup dalam aman dan damai.. namun bila diteliti, indah khabar dari rupa.
saya cukup mengerti andai ada antara kalian yang kurang bersetuju. Kerana cara manusia itu berfikir adalah bergantung kepada background masing-masing malah juga pada faktor-faktor tertentu pula seperti pengalaman, kehidupan seharian yang dilalui saban waktu, dan akhirnya mempengaruhi gaya pemikiran kita. Teori pernah mengatakan ada sembilan gaya berfikir iaitu analitikal, emotif, hipotetikal, histories, intuitif, konstruktif, kreatif, kritikal, dan logikal. Not forget to mention about teknik Edward De Bono yang dipanggil sebagai pemikiran lateral [bukanlah gaya pemikiran yang baru kerana teknik ini sudah ditinjau dalam bidang logik tetapi diberikan nama/tajuk baru agar lebih mudah difahami oleh pembaca umum]. Pernyataan ini sedikit sebanyak menerangkan yang tidak pernah ada orang yang benar-benar punya pendapat yang sama dalam semua perkara atas perbezaan-perbezaan yang saya sebutkan tadi. Kesemua faktor-faktor itu pula sangat berkaitan dalam membentuk peribadi dan melalui pandangan mata kasar saya, inilah yang menyebabkan hidup kita ini begitu indah dan kompleks kejadiannya.
Akhir sekali, saya ingin memohon maaf andai ada kata-kata yang mungkin mengguris walau sedikit. Komen amat dialu-alukan.
‘Til we meet again..
Posted by Guru Data at 7:49 PM 0 comments
Sunday, June 14, 2009
MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
span class="fullpost">
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W" Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T. Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."
Posted by Guru Data at 6:57 AM 0 comments
